Pengarah
~ Ahmad Idham
Dibintangi oleh
~ Raja Farah, Yana Shamsuddin, Diana Amir, Ashraf Muslim, Farid Kamil
Genre
~ Komedi Romantik
SINOPSIS:
~ Filem ni berkisarkan tentang tiga kawan rapat iaitu Sofea, Aleesya dan Hani yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Pandangan mereka terhadap Islam berbeza.
~ Aleesya dibesarkan oleh keluarga yang tahu tentang Islam. Tetapi, dia membesar dalam persekitaran yang begitu sosial dan moden yang melalaikan dirinya dalam Islam.
~ Sofea pula dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan budaya barat dan moden, tidak tahu tentang Islam dan hanya pada status di kad pengenalan sahaja. Kurang didikan agama membuatkan dirinya masih tidak tenang walau hidup dalam kehidupan yang mewah dan kaya dari segi harta dunia. Hidupnya dikelilingi dosa dari segi pergaulan bebas, minum arak, berzina dan lain-lain.
~ Hani pula dibesarkan dalam keluarga yang susah kerana ibunya merupakan tukang jahit bagi menampung hidup. Disebabkan leka dengan ibu bapa yang sibuk mencari nafkah, Hani terjebak dalam dunia sosial yang bebas sehinggakan merosakkan dirinya sendiri dan tidak mengenal erti dosa dalam konteks Islam. Hani sanggup melibatkan diri dengan penjualan dadah demi mencari kesenangan hidup. Kondom dan private party adalah perkara biasa pada dirinya.
~ Firdaus pula merupakan sepupu kepada Aleesya dan diamanahkan supaya menjaga dan merubah Aleesya supaya menjadi orang yang baik. Kehadiran Firdaus telah membuatkan Sofea jatuh hati dengan Islam, dan mengharapkan Firdaus dapat mengajarnya mengaji, sembahyang dan memberi ilmu tentang ISlam. Sehinggakan Sofea sanggup mengikut Firdaus balik ke kampungnya untuk mempelajari agama Islam.
~ Aleesya telah mengikut Hani ke private party dan tanpa disedari, dia telah khayal semalaman. Besoknya, dia baru sedar bahawa daranya sudah tiada.. Inilah akibatnya apabila terlalu liar dalam kehidupan sosial sehingga maruah tergadai.
~Pada Hani, ianya perkara normal, kerana dia sudah biasa dengan keadaan sebegitu. Baginya dara tiada harga dan tidak penting pada masa kini.
~ Mereka merancang meminta tolong dari Firdaus supaya bernikah.. atau lebih senang ' Pak Sanggup' demi membela dirinya yang tercemar. Cinta Firdaus dan Sofea tergendala gara-gara kedatangan Aleesya dan Hani ke kampung.
~ Aleesya datang Haid dan terus membatalkan rancangan meminang.
~ Firdaus telah ditikam oleh Zack.
~ Selepas peristiwa itu, Sofea dengan gigihnya belajar agama terus menerus. Hani pula telah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak dan Aleesya pula masih tidak insaf.
No comments:
Post a Comment