Thursday, March 3, 2011

Review Drama Air Mata Salina ..!!!!!!


♪♫•*¨*•.¸¸❤ Pelakon ~Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra, Rosnah Johari, Anne Abdullah

Pengarah ~ Erma Fatima ¸¸.•*¨*•♫♪

~ Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Salina yang pada awalnya merupakan penyanyi kugiran di Majlis-majlis orang kawen. Pada ketika itu, dia dan Zakar ( Remy Ishak) merupakan pasangan cinta. Zakar merupakan seorang kerani biasa sahaja. Disebabkan cintanya pada Zakar yang mendalam, dia memutuskan melarikan diri meningggalkan keluarga dan kampung demi kekasih hatinya Zakar.

~ Mereka bernikah di Siam dan hidup bersama sehingga melahirkan 2 orang zuriat. Dalam kehidupan mereka pada ketika itu, ada turun naiknya. Banyak cabaran dan dugaan yang harus dilalui oleh mereka sekeluarga sehinggakan Zakar banyak berhutang keliling pinggang dan terjebak dengan judi setelah bertemu dengan teman sekampungnya itu.

~ Disebabkan judi, kehidupan mereka menjadi huru hara, sehinggakan syarikat jatuh bankrap akibat tidak membayar sewa dan sebagainya. Hutang demi hutang menghantui mereka.

~ Tabiat judi telah memakan diri sendiri apabila Fakar terpaksa mempertaruhkan maruah isterinya akibat tidak dapat melangsaikan hutang dengan Leman temannya itu.

~ Fakar mendapat kerja baru dimana dia perlu menjalankan tugas-tugas yang rumit sehingga melibatkan nyawa. Keadaan menjadi huru hara lagi setelah Salina mengetahui bahawa Fakar sememangnya terlibat dengan kegiatan penyeludupan dadah dan didesak supaya membantunya agar tidak disyaki oleh polis.

~ Ini membuatkan Salina tidak dapat mengawal emosi dan hilang pertimbangan sehingga menyebabkan pergelutan dan pertengkaran yang hebat antara mereka.

~ Fakar mengugut mahu mencederakan anaknya sekiranya Salina tidak mahu membantu, akan tetapi Salina telah mengamuk bagi menghalang anaknya tercedera.

~ Akhirnya suaminya Fakar mati ditikam bertubi tubi oleh Salina kerana terlalu geram dan marah yang melampau.

~ Disebabkan itulah, Salina telah dipenjarakan dan menerima hukuman gantung sampai mati dengan meninggalkan 2 orang anaknya yang masih kecil.............


~ Pada semua pembaca... better u all tengok la cite ni.. bagi aku.. drama ni sangat bagus sebab mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah sangat bermakna pada kita semua.

~ Perjalanan kehidupan diorang sangat huru hara walaupun mereka berdua merupakan pasangan cinta yang howt pada masa tu. Tapi akibatnya .. berkesudahan dengan tragik.. dan inilah balasan apabila cinta yang diagungkan sangat tanpa mendapat restu dari ibu bapa.

~ Tengok pada zaman sekarang pun... banyak kes yang sama macam kisah drama ni.. x caya cuba korang kaji balik..kisah2 kwn2 korunk sekeliling.. mesti ada yang terkena sikit banyak dengan cite ni..

~ Kesengsaraan yang ditanggung oleh Salina amat menyentuh perasaan aku.. ni la merupakan cinta yang sejati .. walau susah atau senang.. still berada di samping suami.. tapi malangnya.. kesetiaannya telah memakan diri.. sehingga maruah diri pun dipertaruhkan akibat sikap suaminya sendiri..

~ Aku kesian kat anak diorang ni.. mangsa keadaan yang tak bersalah tapi menerima nasib sebegini..

~ actually banyak pengajaran yang dapat kita kongsi.. tapi aku xlarat nk taip n olah satu persatu..

~ So .. better tgk sendiri n cuba pk n renung renungkan balik...

~ Macam mana kehidupan kita akan datang kalau benda yang sebegini berlaku.. sehingga darah menjadi penghukum diri...

~ So.. dura rasa ni je la... yang mampu di diolah.. ini dari persepsi aku sendiri la.. kalau korunk.. xtau la cemana kan... so.. selamat menonton n mengomen.. sekian.. ~~

No comments:

Post a Comment