Sunday, June 19, 2011

happy father s day papa...

~ malam y kurasa serba tak kena mengalirkan darah yang tidak menentu alirannya...

~ tiba2 aku teringat papa... almaklum hari ni father s day.. walau aku x call n x msg wish.. tapi aku masih lagi dapat fikir tentang hari bapa ni..

~ kan bagus kalo aku ada bapak yang selalu jaga aku.. cm member2 lain... makan sama2 semeja.. tgk tv sesama.. holiday sama2.. kena marah bila wat salah.. mitak izin nk kua mana2.. tapi..jarak pisahkan kita papa..

~ mungkin ini mmg da tsurat tentang takdirku... aku tak boleh nk salahkan takdir..walau aku xdapat rasa kasih syg sepenuhnya dari papa aku sendiri... ye..sumpah aku jeles bila tgk kwn2 aku mesra ngn bapak dorunk.. aku???? semua bgantung pada mama.. aku, mama n adik.. huh...

~ perpisahan buat kita berpecah papa.. walau angka umur ku time tu kecik lagi..tapi aku masih ingat kenanga-kenangan dulu.. kisah2 dlu.. even u re my dad.. but i love mama more than i love u... she sacrifices many things 4 us... but u???? u r not wif us.. seksanya jiwa seorang ibu tunggal didik aku n adik.. tapi papa???? enjoy , hepi ngn dunia luar... lupakan kami.. :) nk hulur duit pn susah.. anak orang tatang bagai minyak y penuh..tp anak sendiri diketepikan.. tapi xpe.. mama ada jaga kami.. walau bebanannya kna tanggung sorg2.. tp dia berjaya jadikan aku n adik berguna.. dats enough..

~ kalau bole..elyn nk je buang papa jauh2.. tapi.. naluri sorg anak ..menghalang elyn buat sume tu.. tapi aku paham perasaan mama.. seksanya dlm jangka masa y lama membesarkan aku n adik.. walau adik x suka papa.. elyn tetap syg .. cuz u r my dad.. dr azali smpai bila2.. n 1 day, u ll b my wali..kisah lampau da hukum papa skunk.. sampaikan papa kna strok.. itu balasan Allah pada papa..

~ elyn tau papa mesti nantikan elyn wish hari bapa kan.. tp tidak.. i wont wish on call or msg.. juz in my heart wish it.. hope u can feel it papa.. elyn tau papa sllu teringat kami kan.. tp kitorang tak boleh jadi anak y baik.. elyn abaikan papa.. even papa sakit skunk.. adik lagi x kisahkan papa... but atlest i remember u dad.. keadaan merubah segalanya papa.. nk jd bahagia cm org laen mmg susah dengan keadaan kami y makin dewasa.. elyn tau elyn anak derhaka.. xjenguk papa sakit.. even ada byk masa terluang.. tp elyn abiskan masa dgn enjoy sama kengkawan..

~ i noe papa.. u re in suffer r8 now.. tp ini lah balasan ats apa y papa buat pada kami... time on call pn elyn kasar2... tapi jiwa ni sgt la sensitif.. sedar silap sendiri.. walau cmne pn.. selamanya.. ARshad Abdul Karim is my dad.. elyn nk je wish cm org lain.. tapi xboleh.. bukan papa y bsarkan kami.. bkn papa y jaga kami.. bkn papa y tanggung kami.. tapi semuanya di bawah tgjwb dan pengorbanan mama.. bila sembang ngn papa..papa cite sal hidup papa mungkin x lama.. elyn sebak.... tp xtau nk ckp cemana.. sb tu elyn mitak sgt papa jaga diri elok2... bykkan amal ibadat.. mintak keampunan... moga papa cepat sembuh... dan dipanjangkan umur...

~ tiba2 elyn tingat time kecik2 dulu.. papa selalu suruh elyn lukis ats belakang papa kan.. then bila mandi.. dakwat pen xhilang2 kat blakang papa.. elyn ingt lagi kcik2.. kita p jalan2 sesama.. tp tu kekal bapa taun je papa... 10 taun je... 13 taun hidup tanpa ajaran n didikan papa... sangat x best perasaan ni.. cemburu dlm diri bila tgk kwn2 lain y bhgia ngn famili.. complete!!!!!!!!!! perfect....but we..???? arghhhhhhhhh..tasuka nye prasaan ni dtg.. smua ni bcoz of father s day..

~ okay la.. all these made my mood fucking down...

Tuesday, June 14, 2011

Review - Filem KL Gangster.. 2011_____


Pengarah - Syamsul Yusof

Barisan Pelakon - Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Redzuan Hashim, Ady Putra, Zizan ( ML)

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan ke arah Gangsterism pada masa kini di ibu negara Malayasia iaitu bandaraya KL... Dua beradik yang telah terjebak dalam dunia gangster iaitu Malik dan Jai.. Malik yang dulunya merupakan bekas taiko yang terkenal di Kl bersama temannya King telah menguasai pengaruh gangsterism di KL..... akibat sikap Shark, anak tiri King yang tikam belakang telah menyebabkan Malik dipenjarakan 5 tahun.. dan dibebaskan.. tetapi Malik sudahpun cuci tangan dan berniat mahu berubah... tapi, dia kesal kerana adiknya Jai dan Zety juga terpengaruh dari gejala yang kurang sihat ini.. Jai sanggup buat apa sahaja janji duit yang diutamakan.. sehinggakan bermusuh abangnya sendiri.. Malik simpati dengan ibunya yang bersusah payah berkerja walaupun sakit demi membela keluarganya.. Zeti juga terkena tempias gejala ini menyebabkan dirinya terdedah pada dunia sosial ..

Pergaduhan demi pergaduhan sesama ahli kongsi gelap menyebabkan banyak tumpahnya darah.. tidak mengira siapa pun.. Duit menjadi penyebab berlakunya gejala sebegini.. dan kerana duit.. mereka bertindak kejam walaupun dengan darah daging sendiri.. atau org terdekat sekalipun.. Zizan yang merupakan kawan Malik juga mati ditikam oleh Shark kerana cuba membela keadaan...


Review :

Petang tadi aku ngn Tipah my babe plan last minute tgk cite ni kat Sunway Pyramid.. akhirnya aku dapat gak lepaskan gian tengok cite ni.. wah.. Puas hati sebab dapat lepaskan hajat ku... nak tgk aksi Aron Aziz.. hurm... aku dapat kasi 4.5 star... utk filem ni.. sebab keberanian Syamsul Yusof dalam mengarah dan turut berlakon dalam filem aksi ini.. Ini merupakan keberanian pengarah ini dalam mendedahkan isu Gangsterism dalam Malaysia masa kini..

Memang tak dinafikan.. masa kini tidak sama seperti dulu.. dunia sekarang.. orang dah takut mati.. dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan duit dan pengaruh yang ramai..
begitu lah yang didedahkan di dalam filem ini yang membuatkan aku kagum bila mengkaji filem ini.. Dialog-dialog yang digunakan oleh mereka dalam filem ini sangat unik dan memang menjadi trend sekarang dalam menggunakan bahasa sebegitu.. bahasa cina Singapore menjadi contoh kepada skrip yang digunakan oleh watak2 dalam filem ini... aku sememangnya sangat puas hati dengan hasil penulisan skrip dalam KL Gangster..

Tetapi masih ada kelemahan kerana..mereka terlalu banyak berdialog.. sekiranya dialog dikurangkan sikit.. mungkin menjadi lebih menarik.. kerana membuatkan penonton sukar dan confuse untuk menghayati dialog yang mereka gunakan dengan aksi yang dilakonkan oleh watak. Namun begitu walaupun ada sesetengah dialog kedengaran agak kasar, tetapi ia dilihat sangat sesuai digunakan kerana dari dialog tersebut ia dapat menggambarkan situasi atau keperibadian seseorang gangster itu. Ianya bukanlah satu isu yang besar sebab pengarah cuba menonjolkan kisah sebenar kehidupan gangster & kongsi gelap kepada penonton. Mengenegahkan isu kongsi gelap, gangster, ketamakkan seseorang terhadap kuasa dan wang dan isu pergolakan kekeluargaan antara adik-beradik menjadikan filem ini sebuah filem yang tidak bosan dan mudah difahami oleh penonton.

Filem ini juga tidak menggunakan heroin seperti filem-filem Melayu yang ini.. ini juga kelainan yang ditonjolkan oleh Syamsul.. Pada aku..,memang realiti dunia kongsi gelap bila taiko kongsi gelap ni bila dah insaf tetap akan jadi buruan dan dicari oleh group yang lain.Tu yang tengok kebanyakan cerita kongsi gelap ni. aktiviti yang kurang sihat ini.. memang semakin berleluasa dan Syamsul cuba mendedahkan gejala itu.. dan menimbulkan watak Malek yang tetap diburu walaupun dah insaf. Memang adat seorang gangster.. walaupun sudah insaf... besar kemungkinan hidup nya serta keluarga sememangnya tidak akan aman.. sekiranya masih ramai musuh yang berdendam . So,sesiapa ada hati nak jadi gengster tu pikirla 2-3 kali ye.Hidup takkan tenang punya. Aku tengok watak Malek ni lebey kurang dengan watak Ekin Cheng dalam filem Good Bye Mr.Cool..

Disebabkan gejala ini juga.. telah memberi tempias kepada ahli keluarga .. contohnya watak Zety iaitu adik kepada Malik dan Jai.. turut menjadi mangsa keadaan... Ibu yang tidak bersalah juga.. turut menjadi mangsa keadaan dan ini amatlah disesali kerana tidak adil pada orang yang tidak sepatutnya terkena tempias akibat gejala yang tidak sihat ini..

Pada aku.. gejala yang tidak sihat ini.. akan semakin luas sehingga ke masa depan sekiranya tidak mampu dikawal oleh kerajaan.. kerana duit.. orang sanggup gadaikan nyawa dan maruah... sehinggakan sanggup menumpahkan darah daging sendiri..

Aksi lawan dalam filem ini..semakin maju berbanding filem-filem sebelum ini.. kesemuanya dilakukan secara detail.. dan watak-watak mereka di dalam filem ini kebanyakannya hidup.. dan berjaya membawak karakter dengan penuh komitmen.. walaupun mengalami luka-luka.. itulah lumrah pelakon dalam memberikan komitmen yang tinggi demi lakonan mereka.. dan ini telah mengagumkan aku.. Aksi lawan Malik dan Jai menarik perhatian aku.. aksi mereka kelihatan cool tapi lengkap.. tiada kelonggaran berlaku di situ.. dan menjadikan jalan penceritaan filem ini kelihatan serius... akan tetapi bila diselitkan dengan lakonan Zizan yang merupakan kawan kepada Malik.. ianya telah menyerikan cerita ini dan membuatkan filem ini tidaklah kelihatan begitu serius dengan aksi.. malah boleh bergelak seketika dengan lawak spontan oleh watak Zizan dalam filem ini.. Syabas Zizan.. kerana kau telah berjaya menghidupkan watak kawan yang baik dan lawak dalam cerita ini..

Pada aku juga, moment sedih antara Malik bersama ibunya tidak begitu sedih.. dan sepatutnya Syamsul juga perlu menitikberatkan isu dramatik ini.. ini kerana aku sebagai penonton.. tidak merasakan begitu sedih dengan isu dramatik yang ditonjolkan oleh watak keluarga Malik.. itu perlu di utamakan juga.. walaupun wataknya tidak banyak... dan scene nya hanyalah beberapa kerat sahaja...

Walau isu dalam cerita ini boleh dikatakan best atau bagus.. tetapi bahaya kepada remaja masa kini serta kanak-kanak.. kerana risau mereka akan terpengaruh dengan watak dan lakonan yang dibawak di dalam filem ini.. ianya boleh mempengaruhi minda penonton yang masih kanak-kanak atau baru meningkat remaja... kerana ia telah menjadi trend pada masa kini.. dan tidak tahu pula dengan masa yang akan datang... unsur kekeluargaan dan persahabatan yang menarik perhatian aku dalam filem ini sebenarnya...
Ramai di antara penonton tidak berpuas hati dengan ending cerita ini.. mungkin kerana ceritanya tergantung begitu sahaja.. sudah semestinya pengarah filem ini mahu bikin buat kali kedua utk filem ini.. so.. nantikan Kl Gangster II ye...


Friday, June 10, 2011

Puisi sepi

~ bisikku pada bulan
~ kembalikan temanku..kekasihku..syurgaku..
~ tanpa dia.. malam...menemani aku..
~ sepi memeluku



~ bulan jgn biar siang...
~ biar alam ini kelam
~ biar ia sepi sepertiku...