Muhammad Haji Salleh
Ceretera yang Keenam Belas
“Kata sahibu’l-hikayat, ada beberapa lamanya maka Hang Kasturi pun berkehendak dengan seorang dayang-dayang yang dipakai oleh raja di dalam istana”.
Anum, kupilihmu dari seratus dayang istana
kerana kau melembutkan suaraku,
memulakan rindu kepada malam,
memadamkan marah kepada sultan.
Anum, kupilihmu dari seratus kampung.
Kini, di tengah malam bening
kita berdua hanya
beraja di istana ini.
Aku sultan dan kau pemaisuriku,
pasang penuhlah hidup ini untuk sekarang.
Bulan yang bergantung di tiang layar
kemuka selat
tentu faham bagaimana
aku kasih kepadamu.
Dan ghairah sebesar ini
tak perlu esok.
Malam ini
kita kumpulkan segala apa yang
ada pada dua manusia muda
di dalam suatu mangkuk waktu
agung.
Tapi kalau ada esok
kita akan berkasih lagi
pada esok hari,
jikalau tiada,
malam ini telah kita sempurnakan
secara
manusiawi.
Kupilih, anum
Dari seluruh jagat tuhan.
wah!!!! wa ditugaskan mengarah sebuah monolog dan inilah naskah yang wa dapat untuk diarahkan... aktor wa nama kashfi..dak klas gk...dia la yang membantu wa dalam pengarahan ni...kashfi ni bagus...dulu sebenarnya wa xsuka si kash ni..yela xsekelas..pstu tgk dia cam kerek ... lagak diva..sumpah wa xsuka dia..tp bila da sekelas... wa da ttup crta lama n bukak lembaran baru... tyme ni la...wa knal dak2 klas wa ni lagik mendalam...makin rapat n makin mengenali...sebelum ni mmg wa knal pn smua ni..tp xclose cm skunk...si kash ni lam klas bgus la.. komitmen dia wa bangga sbb dia sllu cuba wat yg tebaik...especially time kena blakon n sbagainya..wakkaka.. yg len pn sama gk.. ttba lak wa dapat partner ngn dia...so...wa blakon siti melorinda arahan dia... n dia blakon utuk naskah yg wa dapat..huhuhu... not bad la...bg wa dia bgus...dia dapat belakon dgn baik....naskah wa ni .. wa mnceritakan tentang seorang salesman umo 30-an... kematian isteri...balik je keje, dia rehatkan badan dia...pastu time nk mandi je..ternampak selendang milik arwah isterinya yang masih berlumuran darah. arwah isterinya meninggal dalam suatu kemalangan yang berlaku 5 tahun dulu... anum, isterinya telah meninggalkan kain putih di jadikan kenangan oleh si suami... kenangan demi kenangan bermain di mindA si suami... akhirnya dia harus merelakan bahwa isterinya sudah tiada dan ini menjadi pengorbanan dan cabaran idup...